Khamis, Februari 08, 2007

Isu Hangat Rosnah - Sensasi



Baru-baru ini saya melihat di beberapa blog, emel,website, mahupun di dada akhbar mengenai isu Rosnah Mat Aris yang dikatakan menghina Saidatina Khadijah , isteri pertama Rasulullah saw. dalam rancangan hiburan Sensasi terbitan TV3 yang di siarkan secara live.

Dan tadi, ketika menelaah email-email yang saya terima, sambil melihat preview video yang dirakam dan di upload di web Youtube, barulah saya fahami jalan ceritanya, rupanya Rosnah telah dikritik gara-gara ‘lepas cakap’nya dalam rancangan hiburan Sensasi yang disiarkan di TV3. Dalam rancangan itu, Rosnah ditanyakan tentang hubungannya dengan lelaki muda. Lantas Rosnah bertanya tentang umur Nabi saw dan isterinya ketika mereka berkahwin.

“Empat puluh” jawab hadirin. “Dah nak mampus ke tidak tu?!” kata Rosnah diikuti hilaian ketawa lucu dari penonton lebih-lebih lagi pengacaranya. Pelik juga saya, bagaimana audien dan pengacaranya boleh ketawa lucu atas perkataan yang seburuk itu. Tetapi, dalam akhbar Utusan Malaysia semalam, Rosnah telah meminta maaf secara terbuka. Dia juga menyatakan telah bertaubat dan meminta ampun dari Allah setiap kali teringatkan perkara itu.

Alhamdulillah. Rosnah dapat menerima teguran dan mengakui kesilapannya.
Jangan kata saya menghina nabi. Itu mengaibkan saya. Tidak ada niat saya begitu. Apa yang berlaku tu salah faham. Mungkin saya terlepas cakap. Saya minta maaf. Dan kalau dipanggil Jakim pun, saya rela."- kata rosnah menurut petikan Utusan Malaysia.
Bagi saya, Rosnah lebih terbuka dari sesetengah artis kita yang apabila ditegur mengenai kritikannya terhadap hukum Islam, bukan sekadar enggan meminta maaf, bahkan memutar belitkan kata-kata. Dan pujian juga harus diberikan kepada Jakim yang, sebagaimana dipetik oleh Rosnah, ada menghubunginya secara peribadi dan mengingatkannya tentang perkara itu.

Ahad, Februari 04, 2007

Reformasi Akaun Blogger

Assalamualaykum.... akhirnya selepas beberapa kali saya mengemaskini akaun blog saya.... tepat jam 11.08 malam (4 Februari 2007) , Persoalan yang bermain di minda saya mengenai blog tentang adakah perkhidmatan blogger telah melumpuhkan sistem blogger versi lama..... menyebabkan beberapa sistem di bahagian post memerlukan daftar akaun emel google??


Persoalan itu terjawab apabila saya membuka akaun saya ( selepas itu terus saya menulis artikel ini) , keluar tetingkap arahan " move your account to use the new blogger" .......... mahu atau tidak saya dipaksa untuk memperbaharui akaun saya dan mendaftar semula akaun menggunakan emel gmail (mujur saya sudah memiliki akaun emel gmail)...

you'll need to complete two simple steps to upgrade your blogs. Don't worry, your blogs won't be changed in any way.


Arahan yang seakan memujuk saya untuk meningkatkan sistem old blogger kepada new blogger.. seakan tahu sahaja yang saya berkeras untuk tidak mahu meningkatkan sistem blogger saya... kerana saya tidak mahu terikat kepada sistem yang memudahkan kita menyunting (edit) blog tanpa menggunakan pengetahuan kita kepada penggunaan HTML.
Menyebabkan seakan-akan kita terikat dengan prosedur pihak perkhidmatan blogger tanpa memberi peluang untuk kita menginovasikan blog kita sendiri. Ibarat guru menyuap ilmu, murid kenyang kemalasan. pepatah yang saya cipta sendiri.




Elemen-elemen di atas menjadikan anda menyunting template blog semakin mudah semudah ABC atau semudah memetik butang. Namun anda akan kehilangan budaya berfikir tentang bagaimanakah semua ini terjadi... Ini disebabkan anda tidak akan mempelajari bahasa HTML sebagaimana yang saya belajar pada waktu sistem ini versi Old Blogger.

Tapi Alhamdulilah, selepas saya memperbaharui akaun baru saya, memang benar, pihak bloggers tidak mengubah sistem lama yang sedia ada. cuma username saya yang lama di ubah kepada username yang menggunakan alamat gmail saya. mmm.... apa-apapun saya menganggap ini sebuah reformasi di dalam sistem.... Apa yang menghantui saya selama ini, sistem blogger yang baru ingin membuat REVOLUSI daripada sistem lama kepada sistem baru...

Saya jenis generasi muda yang tidak menerima kaedah REVOLUSI... kerana Revolusi akan meninggalkan terus kaedah lama dan menganggap kaedah lama kolot.... berbeda dengan kaedah REFORMASI , yang melakukan pembaharuan dengan mengadaptasikan kaedah lama kedalam bentuk yang baru.........


imej sahaja