Ahad, April 08, 2007

Hari Pertama di Kelas Animasi DArul Digital

8 April 2007

Hari ini hari pertama saya memulakan sesi pembelajaran di Kolej Animasi Darul Digital Kota Bharu. Kelengkapan komputer di sini adalah berasaskan Apple I-Mac sesuai dengan keperluan animasi. Rakan-rakan sekelas seramai 17 orang (15 lelaki dan 2 perempuan).

Pembelajaran hari ini lebih kepada Pengenalan Asas 3D dan pengenalan Software Lightwave 3d. Kemudian didedahkan dengan perbezaan antara modelling dengan animator.Di samping itu juga, kerana hari ini adalah hari pertama, pensyarah bagilah guideline sebagai seorang animator , selain dairpada kita dok sibuk buat animasi, kena jugak fikir macamna produk animasi kita ini dapat kita jual dan dapat buat duit...

Selain itu juga, basic pembelajaran hari ini lebih kepada pengenalan kepada bagaimana untuk membuat Storyboard dan persediaan awal untuk membuat siri animasi.

Sebelum buat projek animasi , kita kena buat satu proposer macam buat kertas projek. Proposer tu lebih kurang mengandungi :
- tentang jalan cerita.
- cerita tentang kaedah animasi 3D @ 2D
- apa kita punya masalah
- plan - cara kerja... (maybe charta gan)

Kesimpulannya : Mulai ini hari ini , bila masuk belajar kat sini dan belajar selama 6 minggu, Saya sudah wajib untuk berfikir apa yang saya akan buat selepas tamat blajar nanti.... Kena bina Vision la ni....