Jumaat, September 14, 2007

Mengacara Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang

Hari ini , saya telah ditugaskan oleh pimpinan ABIM Kelantan, untuk mengacarakan Majlis Anugerah Pelajar cemerlang yang berlangsung di Dewan Rumah Puteri Harapan, di Taman Sabariah.

Majlis ini telah dihadiri kira-kira 200 orang hadirin yang terdiri daripada para pelajar insititusi pendidikan ABIM , ibubapa dan ahli-ahli ABIM. Pada Majlis Penghargaan Pelajar Cemerlang tersebut, kira-kira 60 orang pelajar cemerlang yang terdiri daripada anak-anak ahli ABIM Negeri Kelantan telah menerima penghargaan di atas kecemerlangan mereka dalam peperiksaan SPRA, UPSR, PMR,SPM dan STAM. Majlis perasmian dan penganugerahan telah disempurnakan oleh Mohamad Raimi Ab.Rahim, Ketua Biro Dakwah ABIM Pusat. Turut Hadir ke Majlis itu, 3 wakil pimpinan PKPIM iaitu saudara Abdul Muntaqim (Naib Presiden) , Shamsiah (Ketua Hewi) dan Khalidah (Bendahari)

Dalam majlis setengah hari ini juga, ABIM turut menjemput adik Siti Fatimah Mukhtar untuk berkongsi rahsia kejayaan beliau memperolehi kecemerlangan dengan meraih 18A (17 A1, 1 A2) dalam peperiksaan SPM 2006 sekaligus melayakkan beliau sebagai pelajar terbaik negara. Beliau yang merupakan bekas penuntut Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu merupakan pelajar yang bukan sahaja bijak dari segi akademik bahkan beliau merupakan terlibat aktif dalam lebih sebelas kegiatan ko-korikulum.

Sebagai Ketua Pengawas serta Ketua Rumah di sekolah, kualiti kepemimpinan beliau memang amat terserlah selain penonjolan beliau dalam arena debat, kuiz pelbagai peringkat dan sukan badminton yang menjadi kegemaran beliau.

Tambah menarik, majlis yang berlangsung turut diisi dengan tips-tips pendidikan dan pengalaman membentuk kecemerlangan anak-anak oleh Hj. Mukhtar dan Hajjah Aisyah, ibu dan bapa kepada adik Siti Fatimah. Menurut pasangan ini, pembinaan keluarga Islam sebagai salah satu tuntutan agama yang diterapkan dalam ABIM merupakan salah satu faktor pendorong mereka untuk mendidikan anak-anak dengan cemerlang agar menjadi contoh terbaik kepada umat. Selain itu, tahap kawalan disipilin yang tinggi, pemantauan kemajuan pembelajaran, penyediaan kemudahan pendidikan serta hubungan akrab dengan para guru dan teman anak-anak merupakan antara kaedah pasangan ini membesar dan mendidik kesemua anak-anak mereka. Paling penting menurut mereka ialah doa tulus dan tawakal sepenuhnya kepada Allah s.w.t setelah segala usaha dicurahkan bagi memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak.

Alhamdulillah selesai program, saya dan teman-teman PKPIM berkesempatan untuk mengadakan satu pertemuan khusus diantara pelajar-pelajar cemerlang untuk berdialog serta bertukar-tukar pandangan. Namun hadir juga rasa kecewa di hati bila sebahagian besar daripada ibu-bapa tidak cakna tentang pertemuan ini. Mereka lebih tertarik untuk curi-curi pulang awal berbanding memberi peluang kepada anak mereka untuk mengikuti pertemuan ini.
Walaubagaimana pun saya rasa bersyukur dengan kehadiran adik-adik yang setia untuk bersama dalam pertemuan ini, mereka telah mendapat input berguna tentang persediaan mereka untuk ke IPT disamping dapat mengenali persatuan Pelajar Kebangsaan seperti PKPIM.

Khamis, September 13, 2007

Rezeki saya tidak di Luar Kelantan

5 Jun 2007, setelah dua hari berkampung di Putrajaya, menginap di rumah Abg Izu dan Alimi (PKPIM Melaka) . Maka sahlah saya akan kembali ke Kelantan semula, bilamana surat posting yang saya terima setelah dua hari menunggu keputusan posting tempat kerja... saya diarahkan untuk melapor diri di Jabatan Pelajaran Negeri pada minggu hadapan (Ahad 10/6/07)... Jadi tak berpeluanglah saya untuk meneroka pengalaman di negeri orang, lebih-lebih cita-cita untuk menimba pengalaman bekerja di Putrajaya. Jadi oleh kerana tak berpeluang untuk bekerja di sini, maka saya mengambil kesempatan untuk mengambil pengalaman bekerja di HQ Kementerian Pelajaran Malaysia sepanjang minggu ini... walau sekadar menemani seorang kawan yang dapat bekerja di Kementerian. Bekerja di sini sememangnya dapat melatih diri bekerja secara proaktif.

Lanskap Putrajaya pada pandangan satelit

Seminggu di sini saya tidak melepaskan peluang untuk ziarah rakan-rakan IPT yang berada di sekitar Putrajaya ini, kesempatan yang ada saya menziarahi Shahiran yang belajar di KUIS, melawat ustaz-ustaz dari Kelantan yang kini bekerja tetap di Putra jaya, dan yang paling penting, menziarahi Sekretariat ABIM berdekatan.


Dan saya akan berangkat ke Kelantan pada hujung minggu ini (Khamis) bagi memulakan episod baru seorang pemuda bernama Faizul Afzan, di alam kerjaya.

Fityan
Putrajaya
7 Jun 2007




Koleksi Gambar-gambar















Rabu, September 12, 2007

Ahad, Ogos 26, 2007

Internet Sebagai medium Dakwah

Oleh : Mohd Faizul Afzan Bin Mamat

Setiausaha Eksekutif
Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan

Profesor Dilnawaz A. Siddiqui dari Jabatan Komunikasi, Clarion University of Pennsylvania, dalam tulisannya berkenaan dengan teknologi komunikasi dari perspektif Islam berpendapat:

“ It has now become a platitude to say that the nation that controlled the sealanes in the nineteenth century, or that controlled airways in the twentieth century, controlled the whole world.In the twenty-first century, it appears that whoever controls the airwaves will control the world and whatever beyond it ”.1

( Sekarang sudah menjadi suatu yang lumrah untuk dikatakan bahawa negara yang menguasai perairan laut di abad ke - 19, atau yang menguasai ruang udara di abad ke-20 , menguasai dunia. Di abad ke -21, apa yang jelas ialah sesiapa yang menguasai gelombang udara akan menguasai dunia dan malahan lebih dari itu)

Jika merujuk kepada pendapat di atas, Persoalan utama yang diketengahkan oleh Profesor D. A Siddiqui ialah keupayaan menguasai gelombang udara yang sekaligus membolehkan sesebuah negara atau bangsa menguasai dunia, iaitu yang dikenal dalam istilah media sebagai “ media imperialism”. Media imperialism merujuk kepada peranan media kapitalis Barat ,melalui sistem komunikasi, menjajah dan mendominasi negara-negara Dunia Ketiga dalam aspek ekonomi, budaya, dan juga informasi.

Bagi dakwah, “menguasai dunia” sebenarnya bukanlah perkara asing kerana ia merupakan ahdaf- al-da’wah (tujuan dakwah) yang utama. Dakwah bertujuan mengajak dan memandu seluruh manusia supaya memperolehi kebahagiaan (sa’adah) yang hakiki bagi kehidupan di dunia dan juga di akhirat. Dengan kata lain dakwah bertujuan mengembalikan seluruh manusia kepada fitrah, iaitu homo religious dan homo Islamicus. Persoalannya, apakah penguasaan dunia melalui teknologi komunkasi, sama ada “hardware” atau “software” yang ketika ini didominasi oleh Barat, terutamanya Amerika, boleh memandu manusia kembali kepada fitrahnya tunduk dan patuh hanyasanya kepada Allah?


Dakwah Di Era Teknologi Komunikasi dan Maklumat

Ketika seseorang dari Kampung Jelawat , Bachok, Kelantan boleh berkomunikasi dengan sahabatnya dari Inverness, Scotland, dalam masa yang singkat dengan duduk di hadapan komputer menggunakan kemudahan chatting seperti Yahoo Messengger untuk berbincang, menghantar surat kepada kenalan melalui e-mail (Surat Elektronik), atau mencari informasi tentang sebuah bandar kecil di Utara Amerika menggunakan kemudahan software internet seperti google earth, atau berkongsi maklumat dengan kenalan internet tentang artikel semasa seperti diari, berita, catatan pengalaman mengunakan perkhidmatan weblog , dan ketika seorang doktor tentera di Amerika, tanpa perlu pergi ke medan pertempuran yang jauhnya beribu batu, boleh melakukan pembedahan anggota tenteranya yang luka dengan hanya menekan keyboard komputer, maka persoalan dan juga cabaran yang ditimbulkan akhir-akhir ini ialah para du’at sepatutnya memanfaatkan sepenuhnya teknologi komunikasi maklumat berkenaan untuk kepentingan dakwah.2 Tanpa menafikan pentingnya penglibatan para du’at secara proaktif dalam bidang ini, beberapa isu berhubung dengan pemindahan teknologi perlu diberi perhatian wajar. Dengan adanya kemudahan ICT ini, menyebabkan segala tindakan, penyebaran maklumat, menjadi semakin pantas dan mampu memberi perubahan tentang method dakwah di abad ini.


Internet sebagai Alat Mesra Mad’u
Kecanggihan teknologi informasi dan komunikasi ini , menyebabkan seluruh dunia semakin mengecil sebagaimana yang kita istilahkan sebagai globalisasi . Bahkan kerana kecanggihan ini, dunia kita dianggap sebagai , “kampung global” (global village) , di mana pengguna dari negara yang jauh beribu kilometer dari kampung kita, dapat merasai keenakan nasi lemak yang dimasak oleh pemilik restoren di kampung kita , dengan memesan menggunakan e-dagang.

Jika kita menganalisis kemajuan teknologi maklumat ini melalui perspektif dakwah, maka generasi duat pada hari ini mestilah mengoptimumkan sepenuhnya peluang yang ada untuk menyebarkan Islam di seluruh dunia dengan berbekalkan kemahiran dan kreativiti yang pelbagai. Penyampaian maklumat yang luar biasa kelajuannya menjadikan dakwah yang ingin disampaikan bersifat value-added, justeru meningkatkan kapasiti gerakan dakwah untuk menyerlahkan proses Islamisasi yang melangkaui batas daerah yang terhad. Dakwah dalam era ini harus bersifat service-oriented, mesra mad'u dan tidak sekadar mengharapkan masyarakat menyumbang tanpa kita terlebih dahulu menawarkan penyelesaian pada masalah-masalah asasi masyarakat.

Bayangkan mad’u (orang yang menjadi sasaran dakwah), yang selama ini kita didik melalui usrah dan tamrin, di satu ketika kita terpaksa berpisah dengan mad’u tersebut disebabkan mad’u tersebut terpaksa berhijrah ke negeri lain kerana menyambung pengajian atau bekerja , kita masih dapat menghubungi mad’u tersebut melalui kaedah chatting, emel atau blog!. Dengan kata lain, proses tarbiyyah masih dapat dilakukan dengan memanfaatkan teknologi internet.

Cabaran Duat di alam Internet

Persoalan cabaran yang bakal didepani oleh duat di alam internet juga perlu diketahui oleh para duat. Segala informasi yang diperolehi oleh duat melalui Internet, perlu melalui proses penyaringan dengan membuat rujukan secara tradisional . Sebagai contoh, jika seorang duat ingin mencari bahan berkaitan hukum , ibadah dan sebagainya, segala malklumat yang diperolhi hendaklah dirujuk kepada ulama’ atau kepada mereka yang lebih arif tentang ilmu tersebut, kerana dibimbangi maklumat yang diperolehi itu berasal dari sumber yang dihantar oleh golongan yang provokasi seperti golongan orientalis, missionary dan lain-lain.

Ledakan maklumat diinternet tidak akan menyekat pengguna –pengguna yang mempunyai pelbagai pemikiran, ideologi, fikrah untuk menyebarkan maklumat.

Ledakan maklumat ini juga menyebabkan pengaruh buruk seperti penyebaran fitnah, ajaran sesat, sebaran gambar dan video pornografi tidak dapat ditangkis oleh pengguna. Oleh sebab itu sebagai seorang Islam, apabila menggunakan internet, segala informasi yang diperolehi perlu disandarkan kepada informasi asas, iaitu informasi yang diperolehi dari sumber asas, al-quran dan al-hadith. Ia adalah asas kepada kesempurnaan hidup manusia dan informasi ini perlu dikuasai oleh setiap muslim kerana ia asas kepada pembentukan pola pemikiran, kepercayaan , tindakan dan perasaan seseorang. Informasi asas inilah yang dianggap sebagai proses saringan untuk menjadikan maklumat yang kita perolehi tersebut adalah sahih.

Dakwah Siber Vs Dakwah Tradisional

Realiti penyebaran teknololgi maklumat sepeti yang dikemukakan di atas membuktikan bahawa umat Islam tidak boleh berfikiran simplistik, mengadoptasi teknologi secara membuta tuli. Malahan pandangan bahawa metode dakwah tradisonal adalah lapuk dan ketinggalan zaman juga tidak tepat. Penulis berpendapat bahawa metode dakwah seperti ceramah, khutbah, kuliah subuh, usrah dan sebagainya perlu diperkukuhkan dengan memberi latihan pembangunan du’at yang lebih sistematik. Di samping memperkukuhkan metode dakwah tradisonal, pekembangan teknologi komunikasi dan maklumat juga perlu dikuasai oleh umat Islam, bukan sekadar menjadi pengguna (consumers), tetapi juga pencipta kepada pembangunan teknologi hardware dan juga software.

Beberapa Hakikat Penting

Teknologi semasa:

Senario pertama, dua orang yang duduk jauh berasingan seperti di dua buah negara berlainan boleh "bercakap" atau ber"chat" melalui komputer. Perbincangan serentak dilakukan dalam Internet tanpa menggunakan cara biasa seperti telefon.

Senario kedua, dua orang yang berada beribu kilometer antara satu sama lain mengatur strategi bertanding sesama mereka dalam satu-satu permainan dalam talian.

Senario ketiga, pengguna yang mempunyai alat perakam seperti camera video DVD atau telefon yang mempunyai perakam video dapat berkongsi rakaman video yang dirakam mengenai sesuatu kejadian selepas di muat naik (upload) melaui kemudahan web tv di internet seperti youtube, metacafe, google video dan lain-lain.

Senario diatas memaparkan tentang Teknologi Internet. Internet bukan sahaja hebat dari segi teknologinya bahkan juga dari segi aplikasi dan kegunaannya. Dari segi kos, walaupun kita berhubung dengan komputer-komputer di seberang laut, kos telekomunikasi dan kos untuk akses ke Internet lebih rendah daripada kos panggilan telefon tempatan.


Hakikat semasa:

Pertama, maklumat tersebar dengan luas di dalam lebuhraya maklumat. Maklumat yang datang dari Barat tidak terlepas dari nilai, falsafah dan versi Barat yang disampaikan. Pengguna teknologi maklumat (khususnya umat Islam di Malaysia terdedah kepada penyebaran maklumat yang salah mengenai Islam dan terdedah kepada nilai-nilai negatif yang bertentangan dengan ajaran Islam. Malah permasalahan ini berleluasa dengan pesatnya melalui alat teknologi masa kini yang lebih canggih ; yang sudah pun sampai ke bilik tidur pengguna maklumat.

Kedua, para cendiakawan Islam secara umumnya dengan latarbelakang pendidikannya yang tersendiri agak gusar dan juga takut berhubung dengan teknologi kini. Ia dikenali juga dengan fobia teknologi/komputer.

Ketiga, kurangnya tenaga pendakwah yang mampu menggunakan teknologi ini. Akibatnya mereka lambat menyesuaikan diri samada untuk menyedia dan menyebar bahan-bahan dakwahnya dan juga lambat untuk memberi jawapan kepada berbagai masalah yang ditimbulkan menerusi media ini

Keempat, kurang keupayaan dalam menguasai bahasa Inggeris mengakibatkan para pendakwah terpinggir dari arus perdana semasa

Kelima, kelemahan penguasaan ilmu Islam di kalangan pakar dan pengguna teknologi maklumat dan komunikasi. Ini menyebabkan teknologi tidak/kurang dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. 3

Method Dakwah di Internet

1. Emel & Chatting Room

Bagaimana memanfaatkan Sistem mel elektronik (e-mel) ini dalam dakwah? Semua orang boleh mendapatkan email secara percuma. Bagi tujuan ini, penggunaan emel di laman yahoo dan Google dicadangkan. Ianya dapat dicapai di http://www.yahoo.com dan perkhidmatan emel google di www.gmail.google.com .


Ini adalah kerana terdapat beberapa kelebihan yang tersedia dirangkaian yahoo dan google seperti:

i) Bagi tujuan komunikasi, terdapat

  • Mail Yahoo: email (spt: dakwahsiber@yahoo.com) untuk berkomunikasi yang boleh
    dicapai dimana sahaja berada asalkan ada capaian ke internet


  • Yahoo Messenger: sistem komunikasi online berupa chat berkumpulan/berpasangan samada bertulisan atau suara dengan menggunakan Yahoo Mesengger yg dapat diperolehi di http://messenger.yahoo.com/


  • Emel Google: Perkhidmatan Emel google iaitu Gmail mempunyai kaedah system yang sama seperti yahoo. Namun kehebatan Gmail ini, mempunyai ruang simpanan mel yang besar iaiutu mencapai sehingga 2 gigabyte. sistem komunikasi online juga dapat digunakan dalam akaun Gmail, dimana anda bukan sahaja dapat menerima emel sahaja tetapi dapat ber chat dengan pengguna gmail lain secara terus melalui akaun emel tersebut.

    Manfaat untuk dakwah :

Penggunaan Emel dapat dimanfaatkan sebagai medium dakwah melalui kaedah penghantaran artikel-artikel dakwah dan tarbiyyah secara terus kepada mad’u yang mempunyai emel. Kaedah ini bolehlah dinamakan sebagai e-tarbiyyah. Manakala kaedah chatting room dari kedua-dua perkhidmatan di atas dapat dimanfaatkan sebagai ruang komunikasi untuk para duat mengadakan sesi tazkirah dan usrah secara online. Kaedah ini perlu lebih-lebih lagi jika ahli-ahli usrah tinggal di tempat yang jauh dari ahli yang lain.


2. WeBlog

Kecanggihan dunia teknologi maklumat hari ini telah memungkinkan banyak perkara. Selain saling berhubung dengan menggunakan mel elektronik ataupun e-mel, pengguna juga boleh memiliki laman web sendiri sama ada secara percuma ataupun berbayar.


Dan kini wujud fenomena baru dikalangan generasi muda di dalam dunia ICT yang dipanggil weblog. Secara istilah, weblog bermaksud log ataupun buku log (buku yang penulis jadikan catatan nota semasa di bangku menengah) yang ditulis menggunakan laman web tertentu samada dari perkhidmatan blogger, blogsome, blogdrive dan lain-lain. Dari maksud itulah datangnya perkataan weblog.


Ia boleh dianggap sebagai menulis catatan ataupun diari secara online. Catatan tersebut boleh dibaca oleh sesiapa sahaja setelah penulis blog tersebut memilih untuk menyiarkan blog tersebut di lamannya.Kewujudan weblog telah menimbulkan semula minat menulis di kalangan kumpulan tertentu khususnya generasi muda.

Bagi penulis , pekhidmatan blog yang menjadi pilihan penulis adalah blogger dari produk google. Bagi tujuan dakwah, penggunaan weblog melalui blogger dicadangkan. Duat boleh mendaftarkan weblog Persatuan, individu atau kumpulan dakwah dengan mendaftarkan akaun di www.blogger.com

Contoh Blog yang dimanfaatkan oleh Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan . (http://ppik-kelantan.blogspot.com)


Blog personal penulis
http://faizulafzan.blogspot.com

3. Google Earth

Satu lagi produk internet yang perlu dimanfaatkan oleh duat adalah Google Earth. Google Earth merupakan program yang memperbolehkan pengguna mengimbas pemandangan dunia (gambar sebenar tapi bukan masa-sebenar) dari atas langit secara maya. Pada asalnya Google Earth yang dicipta oleh Keyhole Inc dipanggil Earth Viewer, namanya ditukar setelah program tersebut dimiliki oleh Google. Imej pemandangan dari atas yang diperolehi dari perimejan satelit dan fotografi udara telah dicantumkan untuk menghasilkan peta bumi yang lengkap (piksel rendah bagi kawasan hutan). Kelebihan penggunaan google earth bagi duat , penulis berpandangan perisian ini penting lebih-lebih lagi apabila para duat ingin mengadakan sebuah ekspidisi pengembaraan (musafir) untuk mengenali keadaan geografi sesebuah tempat bukan sahaja di kawasan tempatan , malah di luar negara.

Perisian Google Earth

Penulis mengambil contoh, peranan sebuah agensi dakwah yang dikenali dengan nama Grup Pengkaji Tamaddun Dunia (GPTD) sebuah badan yang ditubuhkan ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) , telah memanfaatkan perisian ini sebelum mereka mangadakan penjelajahan ke luar negara lebih-lebih lagi pengembaraan ke destinasi yang sukar seperti ke pedalaman Indonesia, Pulau Krismas di Australia, Sri Langka, China dan sebagainya bagi tujuan dakwah.

Kesimpulan

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam dakwah adalah sangat penting dan dimanfaatkan sebaik dan sebijak mungkin. Program memberi dan meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi moden di kalangan pendakwah dan ulama mestilah diadakan dan dipertingkatkan, manakala program pengukuhan ilmu teras Islam pula diberikan kepada para pakar Muslim dalam bidang teknologi agar kelancaran dan keberkesanan dakwah dapat dicapai.

Suatu mekanisma penyelarasan yang berwibawa dan berkesan mestilah dibentuk bagi mempastikan kegiatan dakwah menerusi teknologi terkini dapat dilaksanakan dengan teratur dan rapi serta menepati pada golongan sasaran. Suatu gabungan dan jalinan yang kuat antara pakar-pakar Muslim dalam pelbagai bidang dan antara institusi dan organisasi Islam yang berwibawa hendaklah diusahakan.

___________________
1. “Selected Major Issues in Instructional Communication Technology: An Islamic Perspective”.The American Journal of Islamic Social Sciences, vol.10, no , 1993 halaman 312.

2. Sebagai contoh, Menteri Besar Selangor ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Islam dan perubahan anjuran ABIM pada 7 Jun 1996 yang lalu menggesa agar dimanfaatkan sepenuhnya teknologi maklumat, termasuk teknologi multimedia.Lihat Utusan Malaysia, 8 Jun 1996.

3. Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Dakwah Islamiyyah ; Cabaran, Strategi Dan Penggunaannya , Norhashimi bin Saad, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya



Selasa, Julai 31, 2007

Pilihanraya Turki 2007


Disediakan oleh Biro Penerangan ABIM pusat


Pilihanraya adalah manifestasi perjalanan demokrasi sesebuah negara. Melalui pilihanraya, rakyat telah diberikan kuasa untuk mencorakkan masa depan negara mereka. Untuk berbuat demikian, rakyat perlu memilih sesebuah parti ataupun individual yang dirasakan mampu memenuhi harapan serta cita-cita mereka. Untuk 16.34 juta rakyat Turki yang turun mengundi pada 22 Julai yang lalu, tarikh itu adalah manifestasi jelas dukungan mereka terhadap AKP di bawah kepimpinan Recep Tayyip Erdogan.

Meskipun ramai telah meramalkan kemenangan akan berpihak kepada AKP, namun ramalan itu sama sekali tidak menjangka AKP akan mencapai kejayaan yang gemilang dalam pilihanraya yang mempertaruhkan 550 kerusi parlimen. Meskipun AKP hanya mampu meraih 341 kerusi jika dibandingkan dengan 363 yang diperolehi pada November 2002 yang lalu, namun ia berjaya meningkatkan jumlah undi popular yang diraih untuk pilihanraya pada kali ini.

Secara keseluruhan AKP telah meraih sebanyak 46.6% undi popular daripada 35,017,315 undi yang dikira secara keseluruhan. Jumlah itu sangat besar jika dibandingkan dengan jumlah yang diperolehi oleh dua pencabar terdekatnya iaitu CHP (20.85%) dan MHP (14.29%). Kejayaan AKP lebih bermakna apabila ia telah berjaya menembusi beberapa kubu kuat CHP dan MHP seperti di Ankara dan Izmir . Walaupun AKP tewas di kawasan yang dimenangi oleh kedua-dua parti tersebut, namun ia telah berjaya meraih undi popular yang sangat menggalakkan di sesetengah kawasan tersebut.

MENGAPA AKP MENANG?

Kegagalan CHP, MHP serta deretan parti sekular yang lain amat mengejutkan. Kenyataan adalah berdasarkan kepada siri-siri demonstrasi yang diadakan oleh rakyat Turki beberapa bulan menjelang pilihanraya. Bahkan dalam tinjauan yang dilakukan oleh akhbar-akhbar harian utama di Turki, seakan ia menggambarkan kebimbangan rakyat Turki terhadap peningkatan proses “Islamisasi” yang didakwa didalangi oleh AKP. Ia termasuk meningkatnya jumlah wanita Turki yang mengenakan tudung di tempat-tempat awam.

Bahkan ada akhbar-akhbar harian di Turki mendakwa bahawa golongan wanita merupakan penggerak utama di sebalik siri-siri demonstrasi yang diadakan sebelum ini. Kebimbangan ini seakan dapat dikesani oleh AKP yang turut membariskan sejumlah calon wanita yang tidak mengenakan tudung! Untuk pilihanraya kali ini, 26 daripada 46 calon wanita di parlimen berasal daripada AKP. Dalam struktur hirearki politik Turki, wanita menduduki tangga terbawah serta sering dipinggirkan. Meskipun calon wanita AKP tidak ramai, namun sedikit sebanyak ia dapat mempengaruhi pertimbangan golongan tersebut pada 22 Julai yang lalu.

Kejayaan AKP juga turut dibantu dengan kegagalan pesaing-pesaing politiknya dalam memikat hati para pengundi. Sebagai contoh, dalam merangka proses pemulihan ekonomi negara itu, CHP yang dipimpin oleh Deniz Baykal dilihat lebih banyak menyogok para pengundi dengan penyelesaian yang bersifat jangka pendek. Antaranya ialah dengan memberikan bantuan kewangan kepada golongan muda serta wanita di samping menawarkan beberapa subsidi, yang turut menerima kritikan hebat di kalangan pengamat ekonomi Turki.

Bahkan pada saat-saat akhir sebelum pilihanraya, Baykal menuduh Erdogan mengamalkan nepotisme di samping mempertikaikan jumlah keseluruhan harta peribadi milik beliau. Nyata serangan samasekali tidak menggoyahkan kepercayaan rakyat Turki terhadap kemampuan AKP untuk menerajui negara itu untuk beberapa tahun akan datang. Dalam erti kata lain, retorik sebagai pendukung tegar fahaman sekular sahaja tidak memadai untuk membina keyakinan mereka untuk menyokong parti-parti tersebut.

TURKI DAN EROPAH
Kejayaan Erdogan ini juga merupakan simbol keyakinan rakyat Turki terhadap usaha jangka panjang beliau untuk memajukan Turki. Ia termasuk usahanya untuk membawa Turki menggangotai Kesatuan Eropah (EU). Jika ia menjadi kenyataan, Turki akan mendapat peluang perdagangan yang lebih luas untuk menjana proses pemulihan ekonominya. Ini sekaligus membuka lebih peluang pekerjaan kepada penduduk Turki. Namun, Erdogan serta Turki perlu melalui beberapa halangan sebelum perkara ini menjadi kenyataan.

Halangan paling besar hadir daripada Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy, yang menentang kuat usaha EU untuk membuka pintunya kepada Turki. Walaupun berulang-kali menegaskan bahawa penentangan ini dibuat bersandarkan kepada alasan geografi serta politik, namun ia turut dibayangi oleh kenyataan Jacques Myard yang khuatir kemenangan AKP akan mengancam keteguhan ideologi sekular yang telah didirikan di Turki. Beliau adalah ahli jawantankuasa hal ehwal luar Perancis. Ia jelas bertentangan dengan reaksi positif di kalangan negara anggota EU seperti Britain , Sweden , German dan Austria .

Bahkan Amerika Syarikat menerusi kenyataan yang dibuat oleh pembantu setiausaha negara untuk hal ehwal Eropah dan Eurasia, Matt Bryza, menggangap bahawa kemenangan ini merupakan isyarat positif terhadap perkembangan demokrasi di negara itu. Meskipun begitu, Turki masih memerlukan masa sebelum keanggotaannya diterima oleh EU. Ia berasaskan kepada kenyataan Presiden EU, Jose Manuel Barosso bahawa Turki masih belum bersedia untuk diterima sebagai anggota keluarga terbaru EU. Kenyataan ini dilihat cuba untuk mengambil hati beberapa negara yang menentang kemasukkan Turki seperti Perancis dan Greece . Justeru, adalah sukar untuk meramalkan bilakah Turki itu akan menjadi kenyataan.

KEMENANGAN UNTUK DEMOKRASI
Dalam artikelnya yang disiarkan oleh akhbar Zaman, John Esposito menggangap bahawa golongan sekularis merupakan ancaman yang terbesar kepada kestabilan politik Turki. Dengan merujuk secara khusus kepada siri-siri campurtangan yang dilakukan oleh pihak tentera pada masa lalu, Esposito menggangap bahawa golongan sekularis Turki merupakan ancaman sebenar kepada demokrasi serta kebebasan bersuara di negara itu. Bahkan, beliau menyelar tindakan golongan sekularis ala Turki yang tidak menghormati kebebasan hak asasi manusia.

Sebagai contoh, isu wanita mengenakan tudung di tempat-tempat awam tidak seharusnya dianggap sebagai ancaman utama kepada ideologi sekular di negara tersebut. Esposito menegaskan bahawa sekularisme tidak menghalang seseorang individu itu dari mengamalkan kehendak agamanya, selagi mana individu itu tidak mencampur adukkan ia dengan urusan politik serta pentadbiran negara! Bahkan isu ini juga (kebebasan bersuara serta hak asasi manusia) merupakan antara syarat utama yang dikenakan oleh EU sebelum keanggotaan Turki boleh dipertimbangkan. Sebarang tindakan yang boleh mengancam perjalanan demokrasi di negara itu, akan hanya menjejaskan peluang negara itu untuk diterima ke dalam EU!

Akhbar Zaman juga turut menyiarkan keyakinan di kalangan wakil masyarakat minoriti Yahudi , Greece serta Armenia terhadap pentadbiran AKP. Kenyataan adalah sebagai membalas propaganda bahawa golongan-golongan ini menjadi mangsa diskriminasi di bawah “kerajaan Islam” yang diterajui oleh Erdogan. Meskipun keyakinan tidak dapat melindungi AKP daripada sebarang kritikan serta serangan daripada pencabar politiknya, sekurang-kurangnya ia merupakan manifestasi terhadap kemenangan rakyat Turki yang mendambakan perubahan setelah sekian lama. Dalam erti kata lain, ia adalah simbol kemenangan demokrasi di Turki.

Malaysian group urges ban on Gwen Stefani concert


KUALA LUMPUR (Reuters) - Malaysia should pull the plug on the Kuala Lumpur leg of U.S. singer Gwen Stefani's upcoming Asian tour because of her indecent dressing and obscenity, a Muslim students' group said on Tuesday.

The 10,000-strong National Union of Malaysian Muslim Students said Stefani's August 21 concert, which is part of her 'Sweet Escape' tour, would clash with local Asian and Islamic values.

"Her video clips promoting the event are too obscene," Mohamad Hilmi Ramli, the group's president, told Reuters. "We want the organizers to cancel the concert, failing which we will ask the authorities to intervene."

Ethnic Malays, who are by definition Muslims, make up just over half of Malaysia's 26 million people. Ethnic Chinese and Indians, who are mostly Buddhists, Christians or Hindus, form sizeable minorities.

Hilmi also criticized Malaysian mobile phone firm Maxis Communications for promoting the concert.

"Maxis has been staging a series of foreign acts ... to make a profit and to expose our young generation to things such as moral decay," he said.

Maxis officials could not be immediately reached for comment.


- Reuter-

Klik to read from the Reuter's website

Jumaat, Julai 27, 2007

Profil












MOHD FAIZUL AFZAN BIN MAMAT


Tarikh Lahir :
-27 Jun 1983

Tempat Lahir :
-Kg. Beris Kubor Besar, Bachok Kelantan

Latar Pendidikan :
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Badak, Bachok.(1990-1993)
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Jelawat, Bachok. (1994-1995)
  • SMU (A) Ma'ahad Muhammadi (L) (1996-1999)
  • SM Teknik Bachok (2000-2001)

  • Sijil Kejuruteraan Elektrik & Elektronik - Politeknik Kota Bharu (2002-2004)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik Politeknik Kota Bharu (2004-2006)

Latar Kepimpinan :
  • Ketua Pengawas SRK Jelawat (1995)
  • Ketua Pelajar SM Teknik Bachok ( 2000/2001)
  • Ketua Rakan Wajadiri , Sekreatriat Rakan Muda PKB (2003)
  • YDP Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Kota Bharu (2004)
  • Ketua Rakan Masyarakat , Sekreatriat Rakan Muda PKB (2004)
  • Setiausaha Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (2004-2006)
  • Penolong Setiausaha ABIM Negeri Kelantan (2004-2006)

Profesyen Dahulu :
- Staf Praktikal Gamut Database Sdn.Bhd (
2003 – Oktober 2003)
- Penolong Setiausaha Eksekutif ABIM Kelantan (
Jun 2004 – Jun 2005)
- Guru Ganti SK Tapang (Oktober 2005 – November 2005)

- Unit ICT & Multimedia ABIM Kelantan (Jan 2006- Jun 2007)


Profesyen Sekarang :
- Juruteknik Komputer SK Kubang Kerian 2, Kota Bharu (Jun 2007- sekarang).

Jawatan NGO sekarang:
- Penolong Setiausaha ABIM 2007 /2008
- Exco Dokumentasi & Penerbitan PKPIM 2006/2007
- Setiausaha Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan 2004-sekarang.

Anugerah :
  • Peserta Terbaik Kem Program Khidmat Sosial Negara 2002
  • Anugerah Pengarah Politeknik Kota Bharu : Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum Keseluruhan Politeknik Kota Bharu Peringkat Sijil 2005.
  • Anugerah Kecemerlangan Jabatan : Anugerah Akademik dan Ko-Kurikulum Keseluruhan Jabatan bagi peringkat sijil, konvokesyen 2005
  • Anugerah Ketua Jabatan : Sijil Pingat Ketua Jabatan terhadap prestasi akademik cemerlang dengan HPNM bersamaan atau melebihi 3.50, konvokesyen 2005.

Sabtu, Jun 30, 2007

try

apa khabar..bljsasjkaljgdagdkadad

Khamis, Jun 28, 2007

Makan Tengahari di Medan Kraftangan


30 Mei 2007... Inilah tarikh yang saya rasa menjadi sejarah kerana boleh mengajak semua staf ABIM makan nasi ulam di medan Selera di Perkampungan Kraftangan di Kota Bharu. tak Pernah rasanya semua staf boleh pergi sama-sama makan tengahari bersama seperti ini. Lebih-lebih lagi bila berjaya mengajak En. Mazelan (SU ABIM Kelantan) dan Ustaz Faisal (NYDP ABIM Kelantan) untuk sertai makan tengahari .

Ini semua gara-gara pertaruhan Kak Nah dan Kak Bah terhadap aku dan Amru (Bakal Exco ABIM) yang mana, kalau aku dan Amru berjaya ajak En.Mazlan dan Ustaz Faisal makan tengahari bersama , mereka akan belanja RM 5.00 setiap seorang. Jadi apa lagi, terus kami berdua menggunakan kemahiran yang sediaada untuk "tackle" en.Mazlan dan ustaz Faisal.

Sangkaan Kak Bah dan Kak Nah bahawa kami berdua tak akan berjaya ternyata meleset kerana kehebatan kami berdua mampu mengatasi segala-galanya.... sebab kami yakin selama ni, bukan en.mazlan tak nak ikut makan tengahari bersama, tetapi kerana mereka (Kak Nah dan Kak Bah) segan nak ajak bos makan bersama.....

Jadi bermulanya episod makan tengahari di Perkampungan Kraftangan dengan menaiki 3 buah kereta iaitu kereta ustaz Faisal, Kak Bah dan Kak Ezzat. Berbagai ragam berjaya aku rakam terutamanya apabila perjalanan dari pejabat menuju ke perkampungan kraftangan tu. First time tengok Kak Bah menjadi Pemandu kepada bos nya en.Mazlan....



Kak bah menjadi pemandu big bos....


Sampai sahaja di perkampungan kraf, tengok ramai juga yang makan kat sini... maklumlah waktu rehat pekerja-pekerja di sekitar Kota Bharu ini, tempat inuilah yang akan dijadikan medan mereka untuk makan tengahari. Padat sungguh... tetapi dengan kehebatan Kak Bah, mengatasi segala kekusutan yang ada untuk mencari meja makan rombongan kami ni.. Sekejab aja Kak Bah "arahkan" seorang pelayan untuk sediakan tempat untuk kami makan, maka di bawalah kami ke tempat ruang medan terbuka untuk dijadikan tempat untuk kami makan tengahari.

Kemudian Kak Bah dan makcik2 yang lain, terus ke kaunter hidangan untuk memilik lauk-pauk dan ulam-ulaman untuk di hidangkan. Banyak juga ..sampaikan abg Zaid dan Firdaus yang turut sama menyertai episod makan tengahari ni teruja melihatkan lauk pauk yang dihidangkan lebih-lebih lagi bila ternampak Ikan Patin dan ikan keli yang besar.... sebenarnya abg zaid dan firdaus dah makan ikan patin besar kat rumah aku... sebab itulah mereka berdua ni mula sayangkan negeri Kelantan ni... hehe... sayangkan Kelantan kena cari "ore Kelate" lah ya!!


Ikan Keli Goreng

Kak pah "sibuk" menyusun hidangan.
Sambal dan Ikan Patin....pergh!!

"yang paha ayam tu kak Pah punya tu, Afzan jangan ngade-ngade nak ambik",
pesan Kak Pah serius. Aku hanya mengiyakan aja....

Ikan Keli goreng, Ulam, Ikan patin.... Kang Zaid dan firdaus sekali teruja punya..

Kak Pah masih sibuk dok "cop"kan lauk pauk supaya tak diambil
orang lain.
Berpossing sebelum makan...

Masih lagi "menyibuk" menghidangkan makanan

Rombongan meminang datang...

Bersedia untuk makan, semua peserta dikehendaki duduk di kerusi
masing-masing...
Kang Zaid membaca doa...
Amin..amin..
Selepas berdoa, sesi makan pun bermula
"Wuih..setakat ikan keli besar ni, sekejap saja saya makan, aritu
saya makan kat Kenyir, Keli besar Paha gajah... tu pun saya sorang makan"
kata Firdaus.

"Wah ikan keli ni, rasa macam ikan patin.. eh ! laaa.. memang ikan patin pun ,"
Firdaus berkata lagi..

"Wuih.. kalau makan gini, setiap hari, gemuk rasanya pasni," kata Fiqri berbaju oren.

Minuman yang terhidang...3 jug tetapi tetap tak cukup...

Ikan semasa di makan...


Ikan Selepas di makanUlam ini untuk kita jadi kuat macam harimau.. terang si empunya tangan yang
memegang ulam...

Kena tapau ni.. boleh sambung makan kat rumah..hehe

"Nah Fiq..makan ulam ni.. biar cepat besar," kata Kak Su kepada Fiq.


Selesai sahaja kami makan, acara seterusnya bergambar, manalah tau, gambar inilah yang akan aku jadikan kenang-kenangan bersama rakan-rakan ABIM selama 4 tahun bertugas bersama ABIM. Nanti bila dok kat putrajaya nanti bolehlah aku selalu tengok gambar-gambar ni... Jadi berpossing sakanlah kami keluarga staf atas tangga rumah kraftangan ni...

Yang hensem ke kiri.. yang tak hemsem ke kanan...
lalu aku terus meluru ke kiri....

"Kukuh ke Tangga ni," tanya Kak Bah. "Duduk ajelah kak Bah,
nanti kalau jatuh, kita jatuh berjamaah", Kata Kak Jat (berbaju hijau)

Juru kamera!!..tunggu dulu..tak sedia lagi ni....


Semua sebut "Cheese!"..... "CIS!!", semua menyebut serentak..

Ok..tadi sebut Cheese, sekarang sebut KEJU!!!......

Kang Zaid dan Firdaus turut tidak ketinggalan bergambar....