Khamis, Februari 08, 2007

Isu Hangat Rosnah - Sensasi



Baru-baru ini saya melihat di beberapa blog, emel,website, mahupun di dada akhbar mengenai isu Rosnah Mat Aris yang dikatakan menghina Saidatina Khadijah , isteri pertama Rasulullah saw. dalam rancangan hiburan Sensasi terbitan TV3 yang di siarkan secara live.

Dan tadi, ketika menelaah email-email yang saya terima, sambil melihat preview video yang dirakam dan di upload di web Youtube, barulah saya fahami jalan ceritanya, rupanya Rosnah telah dikritik gara-gara ‘lepas cakap’nya dalam rancangan hiburan Sensasi yang disiarkan di TV3. Dalam rancangan itu, Rosnah ditanyakan tentang hubungannya dengan lelaki muda. Lantas Rosnah bertanya tentang umur Nabi saw dan isterinya ketika mereka berkahwin.

“Empat puluh” jawab hadirin. “Dah nak mampus ke tidak tu?!” kata Rosnah diikuti hilaian ketawa lucu dari penonton lebih-lebih lagi pengacaranya. Pelik juga saya, bagaimana audien dan pengacaranya boleh ketawa lucu atas perkataan yang seburuk itu. Tetapi, dalam akhbar Utusan Malaysia semalam, Rosnah telah meminta maaf secara terbuka. Dia juga menyatakan telah bertaubat dan meminta ampun dari Allah setiap kali teringatkan perkara itu.

Alhamdulillah. Rosnah dapat menerima teguran dan mengakui kesilapannya.
Jangan kata saya menghina nabi. Itu mengaibkan saya. Tidak ada niat saya begitu. Apa yang berlaku tu salah faham. Mungkin saya terlepas cakap. Saya minta maaf. Dan kalau dipanggil Jakim pun, saya rela."- kata rosnah menurut petikan Utusan Malaysia.
Bagi saya, Rosnah lebih terbuka dari sesetengah artis kita yang apabila ditegur mengenai kritikannya terhadap hukum Islam, bukan sekadar enggan meminta maaf, bahkan memutar belitkan kata-kata. Dan pujian juga harus diberikan kepada Jakim yang, sebagaimana dipetik oleh Rosnah, ada menghubunginya secara peribadi dan mengingatkannya tentang perkara itu.

1 ulasan:

farhan berkata...

Astaghfirullahalazim.... Bertaubatlah wahai si Rosnah selagi jantung masih bergedup, selagi akal masih waras dan selagi nadi masih berdenyut. Contoh umur walimah Rasulullah SAW dgn Khadidijah yg dia bagi itu adalah baik... tetapi perkataan "mampus" tersebut adalah tidak patut sama sekali. Bertaubat untuk apa yg telah disebut dan juga untuk perkara-perkara mungkar yg lain.

Dr. Farhan Hadi