Sabtu, Mei 19, 2007

Selamat Berhijrah

13 Mei 2007 , maka bermulalah penghijrahan rakan-rakanku yang selama ini menjadi peneman sepanjang aku "berkurung" di sekretariat ABIM Kelantan sejak sebulan yang lalu....

Mereka semua adalah anak-anak muda yang boleh dikatakan junior-junior di mana aku ada kuasa untuk membuli mereka..maklumlah di kalangan mereka berumur dalam lingkungan 21 tahun ke bawah, berbeza dengan aku yang kini akan mencecah 24 tahun. Namun kerana potensi mereka yang perlu di gilap menyebabkan aku WAJIB bersama mereka mengilap kebolehan mereka yang ada..... menjadikan mereka seorang yang mempunyai hati anak muda yang berjiwa besar.

Bermula dengan keberangkatan Rohaizad pada 12 Mei 2007 selepas jamuan makan di rumah Kak Nah... walaupun aku tak dapat mengiringi dia hingga ke stesen bas kerana pada masa dia berangkat ke KUIS (Koleh Universiti Islam Selangor) tepat jam 9.00 malam, aku harus balik ke Sekretariat kerana ada majlis pertemuan dengan Dato Dr Siddiq Fadzil (Presiden Wadah) di bilik Syura ABIM Kelantan... Rohaizad akan mengambil Pengajian Syariah di KUIS

Di ikuti dengan keberangkatan junior kananku pada keesokan harinya (13 Mei 2007), Shahiran yang selalu menjadi teman sekurungan di sekretariat ABIM, yang aku jadikan dia tempat untuk aku membuli, dan bermacam-macam dugaan yang aku berikan kat dia termasuk juga menurunkan Ilmu Teknologi seperti bloggrammer, editing video, cameraman dan lain-lain supaya dia ada pengalaman menjadi seorang yang "terrer" dalam dunia teknologi ... Biar dia jadi Ustaz Usuluddin berteknologi.... Shahiran juga akan meneruskan pengajiannya di KUIS dalam pengajian Usuluddin....

14 Mei pula keberangkatan 2 orang Komando aku selama ini sejak aku mula bekerja di ABIM iaitu Faizal dan Asmawi... Kedua-dua ini aku kenali semasa Kursus Kepimpinan Jatidiri Remaja Briged Bakti di Islamic Outreach ABIM pada hujung tahun 2004. Pada masa itu, mereka berdua adalah fasilitator dan aku menjadi unit multimedia masa kursus tersebut. Faizal dan Asmawi telah di terima bekerja di Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) di cawangan yang berbeza. Faizal akan bertugas di Setiu manakala Asmawi akan bertugas di Gua Musang.

Asmawi dan Faizal yang berangkat ke Seremban
sebelum bertugas di cawangan YPEIM masing-masing

Teringat kisah-kisah lalu apabila melihat keberangkatan mereka berdua pada malam itu, lebih-lebih lagi saat-saat semasa di Kursus Jatidiri. Kenangan terindah dengan Faizal ialah dia pernah terlanggar suis utama komputer semasa aku sedang editing video kursus... Pucat lesi dia bila melihat aku "frust giler" kerana semua data-data video yang tidak sempat aku save telah hilang serta merta kerana kejadian tadi.... huhuhu.... namun aku profesional..mana boleh marah sampai simpan dalam perut kan?? Maka terpaksalah aku bersengkang mata malam itu untuk siapkan editing video untuk ditayangkan keesokan harinya. Mujurlah malam tu, Asmawi menjadi peneman... Akhirnya malam tu, terciptalah dua karya yang menjadi ingatan kami iaitu video Edisi Siasat dan Akademi BAktisia yang lahir dari idea asMawi... Tapi disaat akhir keakraban ini, baru aku dapat rasa keenakan Nasi goreng yang dimasak oleh Faizal... memang sedap....

Asmawi pula sejak berkawan dia merupakan seorang yang bersistematik dalam berfikir strategi dan juga penampung kelemahan yang ada pada aku semasa menjalankan program atau semasa seharian di sekretariat... lebih-lebih lagi untuk memperingatkan aku barang-barang yang aku terlupa letak... dialah assistant yang terbaik pernah aku jumpa sepanjang berkenalan dengan ramai kawanan di dunia ini.... Dan yang paling aku berteima kasih pada Mawi, ialah sewaktu majlis BBQ untuk rakan-rakan pada malam minggu terakhir di depan sekretariat ABIM, dia lah yang banyak mengatur dari segi peralatan, bahan mentah dan lain-lain... apa yang pasti Asmawi adalah The Best Worker... Apa-apapun aku ucapkan Selamat Jalan buat kalian semua....!!!

p/s : turut tak lupa , Hazwan (ketua SIP) yang berangkat ke Matrikulasi Perlis dan Ayu (Cameranita) yang ke matrikulasi Kedah....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam...huhuhuhu...terimakaseh sbb ingatkan hamba...huuuuu..terharu hamba membaca coretan tuen hamba..hamba pun apelah sangat kalo tuan hamba tak turunkan ilmu tuan hamba yang tak teeeerrrrnilai harganya...hamba takkan lupa tuan hamba..tapi,,hamba nak komen skit jer,,hamba skrg dah kene pindah ke parit raja,batu pahat johor..dah tak jadi warganegara gua musang dah..haha..dulu dalam gua,sekarang.....dalam parit pulak..dah nasib hamba..keje untuk mase depan beb..kenela banyak bersabar..anyway..walaupun hamba ni insan kerdil yang tak punya apa - apa,tapi tuan hamba tak lokek untuk menurunkan ilmu tuan hamba..tuan hamba adalah seorang insan yang tak lokek ilmu..insyaALLAH hamba akan terus mengorek ilmu tuan hamba..haha..nama FAIZUL AFZAN akan hamba ingat sampai akhir hayat hamba..selamat berjaya dalam tugas tuan hamba walaupun di mana saja tuan hamba berada..itulah doa hamba kepada tuan hamba..sampai bertemu lagi...master sifu!!!!
assalamualaikom.....