Wan Mohd Nor Wan Daud ( Prof. Dr. ) yang merupakan salah seorang perintis Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam [International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)] ialah seorang ahli falsafah, pentadbir, aktivis Islam dan penyair yang cukup dikenali ramai.
Wan Mohd Nor Wan Daud memiliki keperibadian dan pemikiran yang cakup mengangumkan. Ganjaran daripada keistimewaan yang dimiliki oleh beliau ini, Wan Mohd Nor Wan Daud telah mendapat undangan khas daripada Prof. Dr. Mohd Syed Naquib al-Attas untuk bersama-sama merintis penubuhan ISTAC dan seterusnya membantu beliau dalam hal ehwal akademik, pelajar, penerbitan dan perpustakaan di ISTAC sehingga ISTAC menjadi salah sebuah pusat pengajian Islam yang ulung di dalam Islam.
Bakti beharga Wan Mohd Nor Wan Daud terhadap pembangunan Islam telah tercurah di ISTAC selama lebih kurang 14 tahun, iaitu bermula tahun 1988 sehingga tahun 2002. Pada Februari 2005, Wan Mohd Nor Wan Daud beralih angina ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan menerima tanggungjawab sebagai Felo Pelawat Utama di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) sehingga 2006. sebelum ini, beliau pernah bertugas di UKM, iaitu di Fakulti Pengajian Islam. Selain itu, bakti beliau jaga pernah tercurah di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan (EPRD), Kementerian Pendidikan Malaysia .
Pemikir besar ini mendapat ijazah Sarjana Muda Sains dengan kepujian B.Sc. (Hons) dalam bidang Kajihayat dan ijazah Sarjana Sains Pendidikan (M.Sc.Ed.) dalam bidang Kurikulum dan Pengajaran dari Northern Illinois University, De Kalb, Illinois dan ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dari The University of Chicago di bawah seliaan seorang pemikir terkenal, Fazlur Rahman. Semasa belajar di Amerika Syarikat (AS), beliau amat aktif dalam kegiatan pelajar-pelajar Islam dan pernah menjadi Presiden Kebangsaan Malaysian Islamic Study Group AS dan Kanada dan juga Presiden Kebangsaan Persatuan Pelajar Islam AS dan Kanada.
Wan Mohd Nor Wan Daud ternyata seorang yang amat mencintai ilmu. Ilmu-ilmu yang dimiliki tidak disia-siakan. Justeru kecintaan terhadap ilmu yang mendalam ini, beliau telah menghasilkan 11 buah buku dan monograf serta berpuluh-puluh makalah dalam jurnal tempatan dan antarabangsa. Antara buku beliau yang terkenal ialah: The Concept of Knowledge in Islam: Its Implications for Education in a Developing Country (New York dan London, 1989); The Beacon on the Crest of a Hill (ISTAC, 1998); Budaya Ilmu (Nurin, 1988); Penjelasan Budaya Ilmu (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990): Edisi kedua buku ini yang mengandungi dua bab tambahan diterbitkan oleh Pustaka Nasional Singapura, 2003; The Educational Philosophy and Practice of Syed Muhammad Naquib al-Attas: An Exposition of the Original Concept of Islamization (ISTAC, 1998); Pembangunan di Malaysia: Ke Arah Satu Kefahaman Baru yang Lebih Sempurna (ISTAC, 2000); Mutiara Taman Abadi: Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat (Kota Bharu: Dian Darulnaim, 2003); dan Dalam Terang : Sebuah Puisi Mentafsirkan Amanah Insan serta Peranan Ilmu dan Akhlak dalam Masyarakat (Petaling Jaya: Tradisi Ilmu, 2004). Beberapa buku, monograf dan makalah beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu , Indonesia , Turki, Jepun, Parsi, Rusia dan Bosnia .
Selain menghasilkan buku, monograf dan makalah, beliau juga turut menunjukkan penghargaan terhadap ilmu dengan mengambil bahagian, membentang kertas kerja dan memberikan ceramah dalam pelbagai seminar dan konferensi pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa di AS, UK, Rusia, Iran, Turki, Afrika Selatan, Pakistan, Sudan, Oman, Arab Saudi, Mesir, Jepun, Indonesia, Bosnia dan Singapura.
Lumrah dalam kehidupan, setiap individu yang berilmu dipandang tinggi dan mendapat sanjungan. Buktinya, Wan Mohd Nor Wan Daud telah dilantik sebagai Editor Perunding jurnal ISTAC, Al-Syajarah, AFKAR (Akademi Islam, Universiti Malaya) dan Educational Awaking (Pusat Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia). Selain itu, beliau turut menjadi Ahli Majlis Penasihat TODA INSTITUTE for Global Peace and Policy Research, Hawaii dan Ahli Penasihat Antarabangsa, Program Sarjana Pengajian Islam, University of Melbourne, Australia.