Rabu, November 28, 2007

Telefon Bimbit Hilang? Apa Yang Boleh Lakukan

Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda
daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi
boleh dijual kepada orang lain.

Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang
tersendiri. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya.

Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan simbol dan nombor berikut :-

* # 0 6 #

tanpa ruang kosong. (star hash kosong enam hash)

Nombor yang ditayangkan adalah 15 digit nombor yang unik bagi setiap
telepon bimbit. Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula.

Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangan
telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM,
Maxis atau Digi. Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh
disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih
tidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.

Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan
menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranya
setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan
nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit. Kes-kes kehilangan
dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak
boleh dijual dan digunakan.

Lakukan sekarang dan sebarkan kepada orang lain. Harap-harap tips ini berguna untuk kita semua. Walllahu'alam.

Selasa, November 27, 2007

Tips Untuk Berdakwah dengan Badan yang Sihat

Diabetes, nasi lemak & teh tarik

NASI lemak secara tidak rasminya sudah menjadi hidangan wajib bagi rakyat Malaysia.Tiada yang boleh mengatasi keenakan nasi putih yang wangi baunya, dimasak dengan santan kelapa dan dibungkus dalam daun pisang serta diperlazatkan lagi dengan sambal ikan bilis, kacang goreng, telur dan timun yang menyelerakan.Setelah itu ia disudahi dengan tegukan segelas teh tarik – teh yang manis bersusu. Teh tarik juga secara kebetulan menjadi minuman tidak rasmi bagi rakyat Malaysia.

Tetapi malangnya, mengambil nasi lemak dan teh tarik untuk sarapan pagi setiap hari bukan suatu pilihan yang terbaik dari segi kesihatan. Bacalah seterusnya...

Apa yang terjadi kepada nasi putih dalam badan kita?

Sebaik sahaja ia dimakan, nasi putih akan ditukarkan menjadi glukosa dan akan diserap dengan cepatnya ke saluran darah.

Sebarang peningkatan gula darah akan memberi isyarat kepada pankreas untuk mengeluar dan melepaskan insulin. Hormon ini akan mengarahkan sel-sel untuk mengusap glukosa.

Tanpa insulin, glukosa akan hanyut terapung-apung di sekitar aliran darah, tidak dapat memasuki ke dalam sel-sel yang memerlukannya.

Diabetes akan muncul apabila badan tidak dapat mengeluarkan insulin dengan cukup atau tidak dapat menggunakannya dengan baik.

Nasi putih mengandungi apa yang dikenali sebagai Indeks Glisemik (GI) yang tinggi. Ini bermakna ia akan menyebabkan peningkatan paras gula darah dan insulin secara berlanjutan.

Karbohidrat yang tidak begitu mudah dihadamkan akan menyebabkan peningkatan gula darah dan insulin yang lebih rendah dan lebih perlahan.

Dengan itu, ia memberi kurang tekanan terhadap jentera pembuat insulin dalam badan kita serta membantu mencegah diabetes jenis 2.

Makanan-makanan seperti ini dikatakan mempunyai Indeks Glisemik yang rendah. Contohnya termasuklah gandum asli lengkap, beras perang, lain-lain jenis bijirin yang lengkap, dan kebanyakan kacang dan kekacang.

Sel-sel kita bergantung kepada satu gula tunggal ringkas iaitu glukosa, yang sebahagian besar diperlukan oleh sel-sel berkenaan untuk membina tenaga.

Itulah sebabnya mengapa badan kita mempunyai mekanisme yang rumit untuk memastikan paras glukosa dalam aliran darah tidak menurun terlampau rendah atau melambung naik terlampau tinggi.

Glukosa datangnya daripada pencernaan sukrosa (gula biasa) dan juga daripada karbohidrat seperti nasi, roti, ubi kentang, roti canai, dan lain-lain.

Jenis-jenis diabetes yang berlainan

Satu bentuk diabetes akan berlaku apabila sistem imun menyerang dan melumpuhkan buat selama-lamanya sel-sel pembuat insulin dalam pankreas.

Ini dikenali sebagai diabetes jenis 1 yang pada suatu ketika dahulu dikenali sebagai permulaan juvana (juvenile onset) ataupun diabetes bergantung insulin.

Satu bentuk lagi suka menjalar dalam badan manusia, dan ia mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang menjadi penyakit diabetes sepenuhnya.

Ia bermula apabila otot dan sel-sel lain berhenti memberi tindak balas terhadap isyarat buka pintu untuk glukosa yang diberikan oleh insulin.

Badan bertindak balas dengan membuat lebih banyak lagi insulin, sebenarnya ia cuba menggasak dan memaksa gula darah ke dalam sel-sel.

Akhirnya, sel-sel pembuat insulin menjadi lemah dan mengalami kegagalan. Ini dikenali sebagai diabetes jenis 2.

Mereka yang menghidapi pradiabetes mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi daripada normal tetapi tidak cukup tinggi untuk disahkan sebagai pesakit diabetes sepenuhnya.

Penghidap pradiabetes mempunyai glukosa semasa berpuasa yang terjejas (6.1 hingga kurang daripada 7mmol/l).

Pada paras ini ia mengisyaratkan wujud risiko tinggi untuk menghidapi diabetes jenis 2 dalam masa 10 tahun yang berikutnya.

Sama ada pradiabetes akan berkembang menjadi diabetes jenis 2 sepenuhnya, sebahagian besarnya bergantung kepada individu itu sendiri yang seharusnya mengambil perhatian terhadap berat badan dan kegiatan senaman.

Cara pemakanan bukan sahaja dapat mencegah pradiabetes daripada menjadi diabetes, tetapi juga dapat mengembalikan semula paras glukosa darah ke julat yang normal.

Langkah-langkah yang mudah

Dengan melakukan beberapa perubahan boleh mengurangkan secara mendadak kemungkinan untuk menghidapi diabetes jenis 2. Contoh-contohnya termasuklah:

Kawal berat badan anda. Berat badan berlebihan merupakan satu penyebab yang paling penting bagi diabetes jenis 2.

Mempunyai berat badan berlebihan akan meningkatkan tujuh kali ganda kemungkinan untuk menghidapi diabetes jenis 2.

Berbadan gemuk akan membuatkan anda 20 hingga 40 kali lebih berkemungkinan untuk menghidapi diabetes berbanding dengan mempunyai berat badan yang sihat.

Mengurangkan berat badan boleh membantu sekiranya berat badan anda berada di atas paras berat badan yang sihat.

Mengurangkan 7 hingga 10 peratus daripada berat badan anda sekarang dapat menurunkan separuh kemungkinan untuk anda menghidapi diabetes jenis 2.

Bertindak sekarang. Ketidakaktifan menggalakkan diabetes jenis 2.

Bagi setiap dua jam anda duduk menonton TV selain daripada melakukan kegiatan aktif lain, akan meningkatkan kemungkinan untuk menghidapi diabetes sebanyak 14 peratus.

Menggiatkan otot-otot anda dengan kerap dan membuatkannya bekerja lebih keras akan meningkatkan keupayaannya untuk menggunakan insulin dan menyerap glukosa.

Ini akan mengurangkan tekanan ke atas sel-sel pembuat insulin anda.

Perbaiki cara pemakanan anda. Perubahan terhadap cara pemakanan boleh mendatangkan kesan yang besar terhadap risiko diabetes jenis 2.

Pilihlah produk yang berbijirin lengkap berbanding karbohidrat yang diproses seperti nasi putih, roti putih, roti canai, kuih-muih, dan lain-lain.

Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Lagi banyak warna lagi baik.

Adalah penting juga untuk mengurangkan pengambilan gula yang bertapis (gula putih). Apabila minum teh tarik, minta kurangkan gula atau kurangkan minum teh tarik.

Suplemen-suplemen nutrisi. Membekalkan pesakit diabetes dan pradiabetes dengan nutrien-nutrien penting terbukti dapat memperbaiki pengawalan gula di samping mencegah atau mengurangkan perkembangan komplikasi-komplikasi diabetes.

Contoh khusus nutrien-nutrien penting yang diperlukan oleh pesakit diabetes dan pradiabetes dengan jumlah yang lebih tinggi daripada yang terdapat dalam formula multivitamin dan mineral harian biasa – Vanadil Sulfat, Kromium, Biotin, vitamin B1, B6, B12, Niacinamide, vitamin C, vitamin E, Mangan, Zink dan Selenium.


p/s : Saya kini sedang melaksanakan misi dakwah terhadap diri sendiri, iaitu menjaga potensi kesihatan tubuh bagi mengelak kemungkinan datangnya diabetes pada masa-masa akan datang. Ini adalah merupakan sebahagian daripada saranan Asy-Syahid Hassan Al-banna supaya Daie menjaga kesihatan. Alhamdulillah, setiap hari saya hanya mengambil satu paket Minuman Bijirin Radix keluaran HPA industries. Dah lupa dah nak makan nasi .... heee... nak tahu lebih lanjut tentang produk-produk kesihatan HPA, klik laman web ini : http://www.myhpagroup.net/index.php?id=faizulafzan


Rabu, Oktober 10, 2007

Jumaat, September 14, 2007

Mengacara Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang

Hari ini , saya telah ditugaskan oleh pimpinan ABIM Kelantan, untuk mengacarakan Majlis Anugerah Pelajar cemerlang yang berlangsung di Dewan Rumah Puteri Harapan, di Taman Sabariah.

Majlis ini telah dihadiri kira-kira 200 orang hadirin yang terdiri daripada para pelajar insititusi pendidikan ABIM , ibubapa dan ahli-ahli ABIM. Pada Majlis Penghargaan Pelajar Cemerlang tersebut, kira-kira 60 orang pelajar cemerlang yang terdiri daripada anak-anak ahli ABIM Negeri Kelantan telah menerima penghargaan di atas kecemerlangan mereka dalam peperiksaan SPRA, UPSR, PMR,SPM dan STAM. Majlis perasmian dan penganugerahan telah disempurnakan oleh Mohamad Raimi Ab.Rahim, Ketua Biro Dakwah ABIM Pusat. Turut Hadir ke Majlis itu, 3 wakil pimpinan PKPIM iaitu saudara Abdul Muntaqim (Naib Presiden) , Shamsiah (Ketua Hewi) dan Khalidah (Bendahari)

Dalam majlis setengah hari ini juga, ABIM turut menjemput adik Siti Fatimah Mukhtar untuk berkongsi rahsia kejayaan beliau memperolehi kecemerlangan dengan meraih 18A (17 A1, 1 A2) dalam peperiksaan SPM 2006 sekaligus melayakkan beliau sebagai pelajar terbaik negara. Beliau yang merupakan bekas penuntut Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu merupakan pelajar yang bukan sahaja bijak dari segi akademik bahkan beliau merupakan terlibat aktif dalam lebih sebelas kegiatan ko-korikulum.

Sebagai Ketua Pengawas serta Ketua Rumah di sekolah, kualiti kepemimpinan beliau memang amat terserlah selain penonjolan beliau dalam arena debat, kuiz pelbagai peringkat dan sukan badminton yang menjadi kegemaran beliau.

Tambah menarik, majlis yang berlangsung turut diisi dengan tips-tips pendidikan dan pengalaman membentuk kecemerlangan anak-anak oleh Hj. Mukhtar dan Hajjah Aisyah, ibu dan bapa kepada adik Siti Fatimah. Menurut pasangan ini, pembinaan keluarga Islam sebagai salah satu tuntutan agama yang diterapkan dalam ABIM merupakan salah satu faktor pendorong mereka untuk mendidikan anak-anak dengan cemerlang agar menjadi contoh terbaik kepada umat. Selain itu, tahap kawalan disipilin yang tinggi, pemantauan kemajuan pembelajaran, penyediaan kemudahan pendidikan serta hubungan akrab dengan para guru dan teman anak-anak merupakan antara kaedah pasangan ini membesar dan mendidik kesemua anak-anak mereka. Paling penting menurut mereka ialah doa tulus dan tawakal sepenuhnya kepada Allah s.w.t setelah segala usaha dicurahkan bagi memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak.

Alhamdulillah selesai program, saya dan teman-teman PKPIM berkesempatan untuk mengadakan satu pertemuan khusus diantara pelajar-pelajar cemerlang untuk berdialog serta bertukar-tukar pandangan. Namun hadir juga rasa kecewa di hati bila sebahagian besar daripada ibu-bapa tidak cakna tentang pertemuan ini. Mereka lebih tertarik untuk curi-curi pulang awal berbanding memberi peluang kepada anak mereka untuk mengikuti pertemuan ini.
Walaubagaimana pun saya rasa bersyukur dengan kehadiran adik-adik yang setia untuk bersama dalam pertemuan ini, mereka telah mendapat input berguna tentang persediaan mereka untuk ke IPT disamping dapat mengenali persatuan Pelajar Kebangsaan seperti PKPIM.

Khamis, September 13, 2007

Rezeki saya tidak di Luar Kelantan

5 Jun 2007, setelah dua hari berkampung di Putrajaya, menginap di rumah Abg Izu dan Alimi (PKPIM Melaka) . Maka sahlah saya akan kembali ke Kelantan semula, bilamana surat posting yang saya terima setelah dua hari menunggu keputusan posting tempat kerja... saya diarahkan untuk melapor diri di Jabatan Pelajaran Negeri pada minggu hadapan (Ahad 10/6/07)... Jadi tak berpeluanglah saya untuk meneroka pengalaman di negeri orang, lebih-lebih cita-cita untuk menimba pengalaman bekerja di Putrajaya. Jadi oleh kerana tak berpeluang untuk bekerja di sini, maka saya mengambil kesempatan untuk mengambil pengalaman bekerja di HQ Kementerian Pelajaran Malaysia sepanjang minggu ini... walau sekadar menemani seorang kawan yang dapat bekerja di Kementerian. Bekerja di sini sememangnya dapat melatih diri bekerja secara proaktif.

Lanskap Putrajaya pada pandangan satelit

Seminggu di sini saya tidak melepaskan peluang untuk ziarah rakan-rakan IPT yang berada di sekitar Putrajaya ini, kesempatan yang ada saya menziarahi Shahiran yang belajar di KUIS, melawat ustaz-ustaz dari Kelantan yang kini bekerja tetap di Putra jaya, dan yang paling penting, menziarahi Sekretariat ABIM berdekatan.


Dan saya akan berangkat ke Kelantan pada hujung minggu ini (Khamis) bagi memulakan episod baru seorang pemuda bernama Faizul Afzan, di alam kerjaya.

Fityan
Putrajaya
7 Jun 2007




Koleksi Gambar-gambar